ikuti......

Sunday, 4 March 2012

8 SIKAP PEREMPUAN YANG DISUKAI LELAKI

1. Keanak-anakkan
    *Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan dimata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

2. Penuh Pengertian
    *Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai
    *Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
    *Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas, dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyum.

5. Pandai Berbicara
    *Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita ( bersifat terbuka ).

6. Pandai Bergaul Dan Menyesuaikan Diri
    *Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri
    *Lebih suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan santun dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati Dan Prihatin
    *Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikkan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

1 comment:

WaNa WaHiD said...

i tag sini.. http://wanawanachup.blogspot.com/2012/03/jom-jadi-geng-kami-blogger-malaysia.html